Murid, PBD, peperiksaan, imbas OMR dengan telefon, kutipan yuran kelas, minit mesyuarat dan OPR — dalam satu aplikasi. Data kekal dalam komputer anda.
Percuma 60 hari · semua ciri Advance · tiada kad diperlukan · sekali bayar, seumur hidup

MyKlas melengkapkan sistem KPM, bukan menggantikannya. Tiada modul kehadiran dan tiada kerja dua kali — hanya perkara yang guru buat sendiri setiap hari.
Cetak borang bernama, ambil gambar dengan kamera telefon. Markah dan analisis item keluar serta-merta. Tiada apl perlu dipasang.
Grid TP1–TP6 sekelas, taburan TP dan eksport Excel yang mesra sistem KPM.
TOV · OTR · ETR, headcount gred A–E dan senarai murid perlu intervensi — dikira automatik.
Untuk guru kelas: tanda murid pemulihan, rekod kutipan yuran dan cetak resit rasmi bernombor siri.
Minit mesyuarat format sekolah dan One Page Report siap cetak. Perkara berbangkit dibawa automatik.
Beri bintang dalam satu klik. Cetak kad matrik, tag meja dan penanda buku untuk setiap murid.
Jadual waktu peribadi, acara dan tarikh akhir — notifikasi Windows sebelum waktunya tiba.
Mesej WhatsApp siap ditaip untuk setiap murid (bintang & purata PBD), atau cetak slip.
Tiada pelayan menyimpan data murid. Sandaran ke USB atau Google Drive anda sendiri.






Tiada mesin OMR, tiada apl untuk dipasang. Telefon dan komputer hanya perlu berada dalam Wi-Fi (atau hotspot) yang sama.
20 soalan muat 2 borang sehelai A4; 40 / 60 soalan sehelai. Nama murid sudah tercetak.
Kod QR di skrin MyKlas membuka halaman imbasan dalam pelayar telefon.
Komputer memproses gambar dalam sekelip mata. Markah dipaparkan di telefon dan direkod terus.
Semua ciri Advance dibuka sepanjang percubaan. Bila anda membeli lesen, data anda kekal — tiada apa perlu dimasukkan semula.
Jalankan fail pemasang dan ikut arahan di skrin.
Pilih "Mula percubaan percuma" semasa MyKlas dibuka kali pertama.
Menu dibina mengikut tugas anda — guru kelas, panitia, kelab dan lain-lain.
Masukkan key di menu Lesen. Semua data kekal.
Satu lesen untuk satu komputer. Tiada yuran bulanan, tiada langganan.
| Ciri | Basic | Advance |
|---|---|---|
| Pengajaran | ||
| Murid & kelas, import Excel | ✓ | ✓ |
| Jadual peribadi & acara | ✓ | ✓ |
| Anugerah Bintang | ✓ | ✓ |
| PBD TP1–TP6 | ✓ | ✓ |
| Laporan ibu bapa (WhatsApp / slip) | ✓ | ✓ |
| Naik kelas & arkib sesi | ✓ | ✓ |
| Peperiksaan | ||
| Imbas OMR dengan telefon | 3 / bulan | Tanpa had |
| Analisis item (soalan paling banyak salah) | — | ✓ |
| Analisis Sasaran TOV · OTR · ETR | — | ✓ |
| Guru kelas & tugasan | ||
| Tanda murid pemulihan | — | ✓ |
| Kutipan yuran & resit rasmi | — | ✓ |
| Menu Tugas Saya | — | ✓ |
| Jana Minit Mesyuarat | — | ✓ |
| Jana OPR | — | ✓ |
| Cetakan & lain-lain | ||
| Kad matrik | ✓ | ✓ |
| Kad bergambar, tag meja, penanda buku | — | ✓ |
| Peringatan & notifikasi Windows | — | ✓ |
| Sandaran Google Drive | — | ✓ |
| Tema tambahan | — | ✓ |
Anda akan menerima nombor pesanan dan maklumat bayaran.
Pindahan bank atau DuitNow, kemudian muat naik resit bayaran di halaman pesanan anda.
Key DSMK dihantar ke emel selepas bayaran disahkan — biasanya dalam hari yang sama.
Ya. Muat turun, pasang dan gunakan semua ciri Advance selama 60 hari dari tarikh pemasangan. Tiada kad bank diperlukan.
MyKlas akan dikunci dan meminta key lesen. Data anda tidak dipadam — ia dibuka semula serta-merta sebaik key dimasukkan.
Hanya semasa memulakan percubaan dan mengaktifkan key. Selepas itu MyKlas berfungsi sepenuhnya tanpa internet. Sandaran ke Google Drive (Advance) menggunakan internet bila ada.
Dalam komputer anda sahaja. Kami tidak menyimpan sebarang data murid di pelayan kami. Anda boleh membuat sandaran ke USB atau Google Drive anda sendiri.
Tidak. MyKlas melengkapkan kerja guru yang tidak disediakan oleh sistem KPM. Rekod rasmi (kehadiran, PAJSK dan lain-lain) tetap dikemas kini dalam sistem KPM. PBD boleh dieksport untuk memudahkan kemasukan.
MyKlas memaparkan kod QR. Imbas dengan kamera telefon untuk membuka halaman imbasan dalam pelayar, kemudian ambil gambar borang. Telefon dan komputer mesti berada dalam Wi-Fi atau hotspot yang sama.
Boleh, dengan RM20.00 sahaja. Pilih "Naik taraf" dalam borang dan masukkan key Basic anda. Key yang sama dinaik taraf — tiada pemasangan semula.
Satu lesen untuk satu komputer. Jika anda menukar komputer, hubungi kami untuk memindahkan lesen.
Semak folder Spam / Promosi. Jika masih tiada, hubungi kami di sakira.ari@gmail.com atau WhatsApp bersama nombor pesanan anda.