MyKlas
Untuk guru sekolah Malaysia · Windows 10 / 11

Satu sistem untuk seluruh kerja guru.

Murid, PBD, peperiksaan, imbas OMR dengan telefon, kutipan yuran kelas, minit mesyuarat dan OPR — dalam satu aplikasi. Data kekal dalam komputer anda.

Percuma 60 hari · semua ciri Advance · tiada kad diperlukan · sekali bayar, seumur hidup

60 haripercubaan penuh
0.3 ssetiap borang OMR
0data murid di pelayan
Papan Pemuka MyKlas: waktu mengajar seterusnya, acara akan datang dan bintang terbanyak
Ciri

Masukkan data sekali. MyKlas jana yang selebihnya.

MyKlas melengkapkan sistem KPM, bukan menggantikannya. Tiada modul kehadiran dan tiada kerja dua kali — hanya perkara yang guru buat sendiri setiap hari.

Imbas OMR dengan telefon

Cetak borang bernama, ambil gambar dengan kamera telefon. Markah dan analisis item keluar serta-merta. Tiada apl perlu dipasang.

PBD tanpa pening

Grid TP1–TP6 sekelas, taburan TP dan eksport Excel yang mesra sistem KPM.

Analisis Sasaran ADVANCE

TOV · OTR · ETR, headcount gred A–E dan senarai murid perlu intervensi — dikira automatik.

Kelas Saya ADVANCE

Untuk guru kelas: tanda murid pemulihan, rekod kutipan yuran dan cetak resit rasmi bernombor siri.

Minit & OPR ADVANCE

Minit mesyuarat format sekolah dan One Page Report siap cetak. Perkara berbangkit dibawa automatik.

Anugerah Bintang & kad

Beri bintang dalam satu klik. Cetak kad matrik, tag meja dan penanda buku untuk setiap murid.

Jadual & peringatan

Jadual waktu peribadi, acara dan tarikh akhir — notifikasi Windows sebelum waktunya tiba.

Laporan ibu bapa

Mesej WhatsApp siap ditaip untuk setiap murid (bintang & purata PBD), atau cetak slip.

Data kekal di komputer anda

Tiada pelayan menyimpan data murid. Sandaran ke USB atau Google Drive anda sendiri.

Imbas OMR

Telefon anda ialah pengimbasnya.

Tiada mesin OMR, tiada apl untuk dipasang. Telefon dan komputer hanya perlu berada dalam Wi-Fi (atau hotspot) yang sama.

Cetak borang bernama

20 soalan muat 2 borang sehelai A4; 40 / 60 soalan sehelai. Nama murid sudah tercetak.

Imbas kod QR

Kod QR di skrin MyKlas membuka halaman imbasan dalam pelayar telefon.

Ambil gambar

Komputer memproses gambar dalam sekelip mata. Markah dipaparkan di telefon dan direkod terus.

Muat turun

Cuba MyKlas percuma selama 60 hari.

Semua ciri Advance dibuka sepanjang percubaan. Bila anda membeli lesen, data anda kekal — tiada apa perlu dimasukkan semula.

MyKlas untuk Windows
Versi 1.0.0 · MyKlas-Setup-1.0.0.exe
Pemasang akan tersedia tidak lama lagi
  • Percuma 60 hari
  • Bebas iklan
  • Kemas kini percuma
  • Berfungsi tanpa internet
Jika Windows memaparkan "Windows protected your PC", klik More info › Run anyway. Ini biasa bagi perisian baharu yang belum dikenali Microsoft.
01
Muat turun & pasang

Jalankan fail pemasang dan ikut arahan di skrin.

02
Mula percubaan 60 hari

Pilih "Mula percubaan percuma" semasa MyKlas dibuka kali pertama.

03
Isi profil & import murid

Menu dibina mengikut tugas anda — guru kelas, panitia, kelab dan lain-lain.

04
Beli key bila sedia

Masukkan key di menu Lesen. Semua data kekal.

Keperluan: Windows 10 / 11 (64-bit) · RAM 4 GB · ruang 500 MB · telefon berkamera untuk imbas OMR (pilihan).
Harga

Sekali bayar. Milik anda seumur hidup.

Satu lesen untuk satu komputer. Tiada yuran bulanan, tiada langganan.

Basic

RM29.90
sekali bayar · seumur hidup
  • Murid & kelas, import Excel/CSV
  • Carian pantas murid (Ctrl K)
  • Jadual peribadi & acara
  • Anugerah Bintang
  • PBD TP1–TP6 & eksport
  • Peperiksaan & imbas OMR (3 / bulan)
  • Kad matrik
  • Laporan ibu bapa (WhatsApp / slip)
  • Naik kelas & arkib sesi
  • Sandaran ke USB · dwibahasa BM/EN
Pilih Basic
PALING BERBALOI

Advance

RM49.90
sekali bayar · seumur hidup
  • Semua dalam Basic, ditambah:
  • Imbas OMR tanpa had + analisis item
  • Analisis Sasaran TOV · OTR · ETR & headcount
  • Kelas Saya: tanda murid pemulihan
  • Kutipan yuran kelas & resit rasmi bernombor siri
  • Tugas Saya: persatuan, kelab, uniform, sukan
  • Jana Minit Mesyuarat format sekolah
  • Jana OPR (One Page Report) siap cetak
  • Peringatan & notifikasi Windows
  • Kad matrik bergambar
  • Tag meja & penanda buku
  • Sandaran automatik ke Google Drive
  • 5 tema warna & saiz teks
Pilih Advance
Sudah ada Basic? Naik taraf ke Advance dengan hanya RM20.00. Key anda yang sama dinaik taraf.
Naik taraf

Bandingkan pakej

CiriBasicAdvance
Pengajaran
Murid & kelas, import Excel ✓✓
Jadual peribadi & acara ✓✓
Anugerah Bintang ✓✓
PBD TP1–TP6 ✓✓
Laporan ibu bapa (WhatsApp / slip) ✓✓
Naik kelas & arkib sesi ✓✓
Peperiksaan
Imbas OMR dengan telefon 3 / bulanTanpa had
Analisis item (soalan paling banyak salah) —✓
Analisis Sasaran TOV · OTR · ETR —✓
Guru kelas & tugasan
Tanda murid pemulihan —✓
Kutipan yuran & resit rasmi —✓
Menu Tugas Saya —✓
Jana Minit Mesyuarat —✓
Jana OPR —✓
Cetakan & lain-lain
Kad matrik ✓✓
Kad bergambar, tag meja, penanda buku —✓
Peringatan & notifikasi Windows —✓
Sandaran Google Drive —✓
Tema tambahan —✓
Beli lesen

Tiga langkah. Key dihantar ke emel anda.

1
Isi borang pesanan

Anda akan menerima nombor pesanan dan maklumat bayaran.

2
Bayar & hantar bukti

Pindahan bank atau DuitNow, kemudian muat naik resit bayaran di halaman pesanan anda.

3
Terima key lesen

Key DSMK dihantar ke emel selepas bayaran disahkan — biasanya dalam hari yang sama.

Belum pasti? Muat turun dan cuba dahulu — percubaan 60 hari membuka semua ciri, dan data anda kekal selepas membeli.
JumlahRM49.90
Soalan lazim

Ada soalan?

Adakah percubaan 60 hari benar-benar percuma?

Ya. Muat turun, pasang dan gunakan semua ciri Advance selama 60 hari dari tarikh pemasangan. Tiada kad bank diperlukan.

Apa berlaku selepas 60 hari?

MyKlas akan dikunci dan meminta key lesen. Data anda tidak dipadam — ia dibuka semula serta-merta sebaik key dimasukkan.

Perlukah internet?

Hanya semasa memulakan percubaan dan mengaktifkan key. Selepas itu MyKlas berfungsi sepenuhnya tanpa internet. Sandaran ke Google Drive (Advance) menggunakan internet bila ada.

Di mana data murid disimpan?

Dalam komputer anda sahaja. Kami tidak menyimpan sebarang data murid di pelayan kami. Anda boleh membuat sandaran ke USB atau Google Drive anda sendiri.

Adakah MyKlas menggantikan sistem KPM?

Tidak. MyKlas melengkapkan kerja guru yang tidak disediakan oleh sistem KPM. Rekod rasmi (kehadiran, PAJSK dan lain-lain) tetap dikemas kini dalam sistem KPM. PBD boleh dieksport untuk memudahkan kemasukan.

Bagaimana imbasan OMR berfungsi tanpa apl?

MyKlas memaparkan kod QR. Imbas dengan kamera telefon untuk membuka halaman imbasan dalam pelayar, kemudian ambil gambar borang. Telefon dan komputer mesti berada dalam Wi-Fi atau hotspot yang sama.

Bolehkah saya naik taraf dari Basic ke Advance?

Boleh, dengan RM20.00 sahaja. Pilih "Naik taraf" dalam borang dan masukkan key Basic anda. Key yang sama dinaik taraf — tiada pemasangan semula.

Bolehkah saya pasang di dua komputer?

Satu lesen untuk satu komputer. Jika anda menukar komputer, hubungi kami untuk memindahkan lesen.

Bagaimana jika saya tidak menerima key?

Semak folder Spam / Promosi. Jika masih tiada, hubungi kami di sakira.ari@gmail.com atau WhatsApp bersama nombor pesanan anda.